Download

 

Soalan-soalan Lazim

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM’98) mempromosi persaingan sihat dan liberalisasi di dalam industri komunikasi dan multimedia – selaras dengan sasaran negara untuk menjadikan Malaysia pusat/hab komunikasi dan multimedia serta menasihatkan industri mengamalkan kawalan kendiri untuk mencapai objektif tersebut.

1. Apa itu kawalan kendiri?
Kawalan kendiri ditafsirkan sebagai pematuhan secara sukarela dan ia berbeza dengan undang-undang, yang mana ia boleh dikuatkuasakan.


2. Bagaimana kawalan kendiri dapat dilaksanakan?
Ia dapat dilaksanakan melalui beberapa kategori forum-forum industri dan kod-kod, di mana setiap kategori mempunyai tujuan dan fungsi tertentu, dan tatacara yang menggalakkan pematuhan secara sukarela di kalangan peserta industri.


3. Siapa Forum Kandungan komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan)?
Forum Kandungan telah ditubuhkan pada bulan Februari 2001 selaras dengan keperluan AKM’98, mengawal selia kandungan dan menangani isu-isu berkaitan kandungan yang disebarkan melalui media elektronik berdasarkan kawalan kendiri industri yang sejajar dengan Kod Kandungan.

Forum Kandungan telah dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 29 Mac 2001.
 


4. Bagaimana Forum Kandungan diuruskan?
Pengurusan Forum Kandungan terdiri daripada seorang Pengerusi dan 18 ahli-ahli/ orang ahli Majlis yang dipilih daripada enam (6) kategori ‘Ahli Biasa’ iaitu pengiklanan, penyiaran, pencipta/pengedar kandungan, pembekal perkhidmatan perumah teks audio, pembekal perkhidmatan Internet, dan kumpulan sivi

Terdapat dua kategori ahli:

1. Ahli Biasa - terbuka kepada perniagaan, industri, dan organisasi-organisasi dagangan dan juga firma-firma, syarikat-syarikat dan badan-badan korporat yang ditubuh, diperbadan atau didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia dan layak sebagai: Pengiklan, Penyedia Perkhidmatan Audioteks, Penyiar, Kumpulan Sivik, Kandungan pencipta / Pengedar dan Pemberi Perkhidmatan Capaian Internet.

2. Ahli Bersekutu - mana-mana individu, firma, persatuan atau badan-badan yang ditubuh, diperbadan atau didaftarkan di bawah undang-undang di Malaysia (yang tidak termasuk di dalam mana-mana enam (6) kategori ahli biasa) yang berminat dalam kandungan yang disediakan oleh industri komunikasi dan multimedia.
 


5. Bagaimana ingin mengambil bahagian dalam aktiviti Forum?
Mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan maklumat langsung daripada Forum Kandungan.
Anda boleh memuat turun Borang Keahlian Forum Kandungan dan hantarkan semula kepada kami untuk pemprosesan.

6. Apakah Kod Kandungan, dan siapa yang bertanggungjawab untuk pembangunannya?

Kod Kandungan

• Kod Kandungan adalah satu tetapan garis panduan industri mengenai penggunaan dan/atau penyebaran kandungan untuk tatapan umum.
• Ia termasuklah tatacara untuk menangani sebarang bentuk kandungan jelik atau sumbang; sekatan-sekatan terhadap peruntukan kandungan yang tidak sesuai dan kaedah pengklasifikasian kandungan.
• Kod Kandungan mempunyai seksyen berikut - Prinsip Am, Kod Penyiaran, Kod Pengiklanan,Kod Perkhidmatan Perumah Teks Audio dan Kod Khusus dalam Talian
• Pengerusi dan Ahli Majlis Forum Kandungan bertanggungjawab ke atas pembangunan Kod.
 

7. Bagaimana untuk menghubungi Forum Kandungan?

Forum Kandungan boleh dihubungi di alamat:

 

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Unit 1206, Blok B, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1,
9, Jalan 16/11 Off Jalan Damansara,
46350 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 603- 7954 8105, 7958 3690, 7660 8535

 

Untuk sebarang bantuan dan penerangan lanjut, hantarkan e-mel anda ke, secretariat@cmcf.my