Kempen Kesedaran Bijak Media Sosial di MRSM Gerik

Date: 
24 September 2018

Pada sebelah pagi, 24 September 2018, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik, Perak telah mengadakan 'Kempen Kesedaran Pelajar Menjadi Pengguna Yang Bijak Di Media Sosial'. Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) telah dipanggil untuk menjayakan kempen ini bermula dengan sesi taklimat mengenai 'Keselamatan Internet dan Media Sosial'. Kempen yang dihadiri seramai lebih kurang 320 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1, 2 dan 4 itu kemudiannya diteruskan lagi dengan aktiviti melukis poster berkisar tentang kempen yang dijalankan. Secara keseluruhannya, aktiviti pada hari ini menerima sambutan dan maklum balas yang amat positif dari warga MRSM Gerik, Perak.