Bengkel Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet

Date: 
25 August 2017

Pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) meneruskan lagi usaha dalam memberi kesedaran kepada orang awam. Kali ini, pihak CMCF telah mengadakan Bengkel Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet di Casuarina@Meru, Ipoh Perak pada 22 Ogos 2017.

Bengkel ini telah menjemput wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), wakil dari Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M), Politeknik Ungku Omar, dan orang awam. Seramai 176 orang peserta telah mengikuti bengkel ini.

Pihak CMCF turut menjemput wakil penceramah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan KPDNKK bagi menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan keselamatan Internet dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.