Download

 

Kerjaya

 

Forum Kandungan Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (CMCF) sedang mencari individu-individu yang sentiasa bertenaga, bersemangat dan berpandangan jauh untuk menyertai kami. Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan yang menarik serta kompetatif.

 

CMCF mempelawa individu-individu yang berdedikasi dan bermotivasi tinggi untuk memohon jawatan berikut :

 

Eksekutif Operasi

 

Tugas dan Tanggungjawab :

  • Melaksanakan penyelidikan dan merangka dokumen untuk surat rasmi.

  • Mampu melaksanakan fungsi pemantauan sumber berita dan laporan perkembangan industri untuk mengenal pasti isu-isu industri yang baharu dan pembangunan polisi yang boleh digunakan oleh organisasi.

  • Menjalankan penyelidikan yang mendalam dan tugas-tugas pentadbiran untuk Biro Aduan.

  • Mempunyai pengetahuan tentang peraturan kandungan yang digunapakai di negara-negara lain adalah satu kelebihan.

 

 

 

Syarat-syarat permohonan: 

 

  • Berpengetahuan luas berkenaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mengawal selia sektor telekomunikasi di Malaysia, dan peraturan-peraturan berkaitan, garis panduan, kod, polisi di bawah undang-undang ini.

  •  Mempunyai pemahaman yang sangat baik dalam persekitaran media tempatan dan mampu memproses hubungan rangkaian yang baik dengan industri komunikasi dan multimedia.

  •  Mengusai kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan cemerlang di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

  • Mempunyai kebolehan melaksanakan penyelidikan, penulisan dan kemahiran analitikal.
  • Mempunyai kebolehan menguruskan projek dan kemahiran organisasi yang sangat baik dan berkeupayaan melaksanakannya dan mampu bekerja dalam masa yang singkat untuk menangani isu-isu tertentu.
  • Mempunyai personaliti yang menarik, kemahiran interpersonal yang bagus dan komunikasi yang baik.
  • Seorang yang komited, bermotivasi dan fleksibel dalam kerja untuk menyesuaikan diri dengan perubahan sekeliling.
  • Boleh bekerja dalam pasukan, mempunyai sikap yang positif dan mempunyai integriti yang tinggi.

 

Jika anda berminat untuk menyertai kami, sila hantar maklumat lengkap tentang latar belakang anda ke:
 
Pengarah Eksekutif
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF)
Unit 1206, Blok B, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1,
Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350,
Petaling Jaya, Selangor.
 
Atau
 
 

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan.