Download

 

Biro Aduan

Latar Belakang Biro Aduan

Biro Aduan mempunyai kuasa untuk:

  • Mempertimbangkan dan menangani aduan berkaitan dengan kandungan seperti yang disediakan dalam kod.

  • Menyiasat sebarang kandungan yang disifatkan sebagai melanggar peruntukan Kod dengan tidak semestinya ada sebarang aduan.

  • Membuat keputusan terhadap sebarang pertelingkahan yang timbul dikalangan ahli- ahli Forum atau di antara ahli dan mereka yang bukan ahli forum.

  • Mentafsir peruntukan didalam Kod apabila timbul sebarang keperluan atau apabila terdapat permintaan.

  • Biro Aduan CMCF akan menerima, mempertimbangkan, pengantaraan dan jika perlu, mengadili dan membuat keputusan pada hal-hal, seperti aduan dan keluhan, berkaitan dengan pertuduhan kesalahan.

  • Biro Aduan terdiri daripada seorang pengerusi dan enam (6) orang ahli forum, setiap seorang mewakili setiap sekutu.

Biro Aduan CMCF dipengerusikan oleh Yg. Bhg. Datuk Mohamed Bazain Bin Idris.


Undang- undang Kecil Bro Aduan

Perlembagaan CMCF menyatakan bahawa Biro Aduan telah ditubuhkan di bawah Artikel XIII, untuk menghadapi aduan-aduan. Biro adalah berkuasa oleh Majlis untuk mengenakan sekatan pada setiap ahli yang dianggap telah melanggari Kod Kandungan.

Ia akan akan menentukan untuk menerima, menimbangkan, menyelesaikan dan jika perlu, menghakimi dan membuat satu arahan pada perkara-perkara berhubung pertuduhan pelanggaran untuk menentukan samada sekiranya ia telah melanggar kod.

Biro Aduan akan menangani dengan semua aduan samada secara umum atau/dan secara khusus yang berkait dengan Kod kandungan. Biro Aduan akan menerima aduan-aduan daripada 'pemain-pemain industri dan 'orang awam'.

Dasar tindakan Biro Aduan adalah pada Kod Kandungan dan peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sila lihat untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai penubuhan Biro Aduan di ruang ini.

Untuk melayani anda dengan lebih baik, anda boleh mengemukakan pendapat-pendapat anda tentang bagaimana anda fikir Biro Aduan perlu berfungsi.

 
Complaint Bureau Login